Sunday, February 20, 2011

Kurang Ajar!


Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.
Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.
Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.
Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar
SN Usman Awang



Orang melayu memang takut jika digelar kurang ajar. Bangsa sopan lah katakan. Betul, kita memang perlu sopan. Namun dalam menyatakan yang Haq, kadang-kadang sopan itu perlu dinombor dua kan. Terutama dalam menegakkan kebenaran di hadapan orang yang lebih tua. Kita mesti menghormati orang yang lebih tua, tiada sangkalan lagi. Namun, orang tua mesti ingat, untuk mendapat penghormatan dari orang muda, mereka mesti membuktikan diri mereka layak untuk dihormati. Takkan semata sebab mereka lahir dulu, maka penghormatan itu automatik diberikan. Tak boleh. Tak semudah itu.
Orang muda darah panas. Bercakap mulut dahulu baru otak. Kadang-kadang terkasar bahasa. Itu sudah lumrah. Yang tua mesti faham. Kerana mereka juga pernah menjadi muda. Jadi, fikir-fikirkanlah. Ini hanya sebuah pendapat. Sebarang penambahbaikan boleh dilakukan.


No comments:

Post a Comment