Wednesday, March 2, 2011

KAKAK ATAU CIK??

SITUASI

Pada hari ini, saya teringat kembali akan suatu peristiwa yang berlaku sendiri di hadapan mata saya. Semasa berada di dalam bilik Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, terdapat dua orang pelajar perempuan yang masuk dan bertanyakan kepada seorang kakitangan universiti yang pada ketika itu. Begini bunyinya, "Kak, saya nak tumpang tanya, Datuk Rosli ada kuliah ke?", sambil tersenyum kakitangan universiti tersebut menjawab pertanyaan tersebut.










ULASAN

Saya tertarik untuk memberikan pandangan peribadi saya mengenai peristiwa tersebut kerana saya merasakan bahawa adalah tidak wajar bagi seorang pelajar yang berada dalam kawasan universiti menggunakan kata sapaan seperti itu. Sepatutnya, sebagai seorang mahasiswa universiti, kita perlulah lebih mengambil berat akan perkara sebegini. Hal ini demikian kerana di dalam situasi ini, kita sebagai pelajar tidak mengetahui sama ada seseorang itu mempunyai taraf pendidikan yang tinggi mahupun tidak. Jadi saya merasakan bahawa adalah sangat tidak sesuai sekiranya kita terus memanggil dengan kata sapaan sedemikian, lebih-lebih lagi ketika dalam kawasan universiti. Hal ini juga kerana ramai individu yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi sebagai contoh seperti wanita yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya. Kata sapaan yang dirasakan sesuai untuk seorang wanita dalam konteks sekiranya kita berada di dalam kawasan universiti ini ialah "Puan" atau "Cik". Kata sapaan sebegini dirasakan sesuai ditujukan kepada individu yang mempunyai pangkat yang lebih tinggi dan secara tidak langsung dapat memberikan penghormatan buat mereka.

No comments:

Post a Comment