Monday, March 7, 2011

SAKIT BERUT.....


SAKIT BERUT….
Gambar ini saya lihat di dalam koleksi gambar kawan saya di Twitter sekaligus mengingatkan saya mengenai tugasan sosiolinguistik. Jelas sekali menunjukkan kesalahan pengejaan kosa kata ‘berut' iaitu kata dasar sebenarnya ialah 'perut'. kesalahan ini mungkin disebabkan oleh pengaruh dialek Cina dalam bahasa Melayu. percakapan yang dituturkan seharian diterjemahkan di dalam bentuk tulisan. kesalahan ini wajar dielakkan kerana papan tanda ini ialah iklan untuk kedainya dan dipaparkan kepada orang ramai. hal seperti ini boleh menjatuhkan martabat bahasa Melayu itu sendiri di mana iklan yang dilihat oleh orang ramai mengalami kesalahan bahasa yang begitu ketara....

Sunday, March 6, 2011

BETULKAH SURAT KHABAR??


Surat khabar merupakan sumberinformasi etrbaik yang kita ada. malah kebanyakan daripada kita telah menempahnya setiap hari. Rutin harian apabila kita minum kopi dipagi hari, mesti dengan membelek surat khabar bagi mengetahui isu semasa.
Tetapi sejauh manakah kebenaran akhbar yang harus kita percayai. Hari ini, saya tidak berniat untuk mempertikaikan isu yang diterbitkan akhbar, tetapi bahasa yang digunakannya. Seperti foto di atas, jelas terlihat ejaan perkataan 'final' agak meragukan. Setahu saya, perkataan 'final'merupakan perkataan bahasa inggeris yang masih belum dimurnikan ke dalam bahasa Melayu. Jadi, tajuk akhbar berikut sepatutnya berbunyi, " Peringkat Akhir Impian".
Walaupun kesalahan ini dilihat agak kecil, namun pengaruhnya amat berat terhadap pembaca. Cuba anda bayangkan sekiranya kanak-kanak membaca petikan tersebut, pasti anggapannya terhadap "final' boleh ditulis dalam bahasa Melayu.

Friday, March 4, 2011

APAKAH STATUS BAHASA KEBANGSAAN??

Usaha memartabatkan bahasa Melayu mutakhir ini terancam dan masa depannya dilihat sebagai tidak menentu dari pelbagai sudut akibat penggunaannya yang bercelaru dan dipinggirkan. 

Dato' Mohammad Aziz (BN-Sri Gading) berkata, walaupun bahasa Melayu dirakamkan dalam Perlembagaan Persekutuan perkara 152 sebagai bahasa rasmi, bagaimanapun prospek menjadi bahasa utama itu dilihat tidak menentu. "Bahasa Melayu ada dalam perlembagaan tetapi kita tidak hayati dan amalkan sebagai usaha memartabatkannya," tegas beliau lagi. "Segala kerja memartabatkan bahasa Melayu hampir berjaya,bagaimanapun mutakhir ini kejayaan itu mula punah," ujar beliau ketika membahaskan Belanjawan 2005 di Parlimen semalam. Ujar Mohammad, peminggiran bahasa Melayu mutakhir ini dari segenap aspek pengurusan dan pentadbiran sehinggalah kepada komunikasi dibiarkan berterusan. 
"Apakah kerajaan hanya nak berpeluk tubuh sahaja membiarkan bahasa Melayu terus terpinggir sedemikian rupa,"soalnya lagi. 







Beliau turut kesal dengan tindakan meminggirkan bahasa Melayu yang dilihat seolah-olah tidak ada nilai atau keuntungan kepada ekonomi negara. Tambahnya, slogan 'cintailah bahasa kebangsaan'hanyalah menjadi slogan yang tidak lagi bermakna apabila ada di antara agensi kerajaan sendiri tidak mengambil ikhtibar kepada usaha merealisasikan slogan itu. 

"Rasa hormat kepada bahasa Kebangsaan sudah hilang.Masyarakat, media dan banyak pihak hanya menggunakan bahasa rojak, bahasa campuraduk, bahasa deejay dan segala jenis kerosakan bahasa," ujarnya lagi dengan nada yang marah. 

Kata beliau, usaha memartabatkan bahasa Kebangsaan tidak akan berjaya selagi elemen merosakkan bahasa wujud di segenap lapisan masyarakat tanpa ada pihak yang mempertahankannya. 

Justeru beliau mengulangi gesaan kepada kerajaan agar peka terhadap permasalahan yang akan merencatkan budaya dan identiti bangsa Melayu itu sendiri.

"soal bahasa bukan perkara yang kedua tetapi ianya perkara pokok yang sepatutnya diutamakan,"tegas beliau lagi. 

Laporan akhbar 11 Ogos lalu menyebut ramai pakar bahasa menolak penggunaan istilah `Infotainmen' yang digunakan di dalam slogan baru Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana ia jelas merupakan satu istilah rojak. Mereka berpendapat, slogan `Saluran Infotainmen Anda' melalui penjenamaan semula rancangan-rancangan televisyen
di stesen itu bermula 1 Ogos lalu tidak membawa apa-apa erti kerana ia jelas campuran perkataan antara bahasa Melayu dan Inggeris. 

Jelas mereka, penggunaan slogan itu juga dikhuatiri akan mempengaruhi berjuta rakyat Malaysia untuk lebih cenderung melakukan kesilapan yang sama dan berpotensi untuk mencipta istilah rojak mereka sendiri sebagai satu budaya baru. 

Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Dr Awang Sariyan berkata, beliau sendiri tidak jelas dengan slogan `Saluran Infotainmen Anda' kerana maksudnya kabur dan bercanggah dengan tatacara bahasa Melayu. Beliau memberitahu, sebelum membentuk sebarang istilah, media tempatan terutamanya stesen televisyen juga perlu
peka dan membuat kajian terlebih dahulu sebelum mencetuskan kontroversi yang sebenarnya akan memalukan diri mereka sendiri.

"Mereka boleh rujuk kepada pakar-pakar bahasa sama ada di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau pun pensyarahpensyarah bahasa berhubung perkara ini. 
"Tradisi orang yang berilmu adalah merujuk kepada pihak yang mengetahui. 
"Malah, sebelum ini RTM sebenarnya kerap merujuk kepada DBP mengenai penggunaan istilah, tetapi dalam hal barubaru ini, ia amat mengecewakan," katanya.

Wednesday, March 2, 2011

KAKAK ATAU CIK??

SITUASI

Pada hari ini, saya teringat kembali akan suatu peristiwa yang berlaku sendiri di hadapan mata saya. Semasa berada di dalam bilik Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, terdapat dua orang pelajar perempuan yang masuk dan bertanyakan kepada seorang kakitangan universiti yang pada ketika itu. Begini bunyinya, "Kak, saya nak tumpang tanya, Datuk Rosli ada kuliah ke?", sambil tersenyum kakitangan universiti tersebut menjawab pertanyaan tersebut.










ULASAN

Saya tertarik untuk memberikan pandangan peribadi saya mengenai peristiwa tersebut kerana saya merasakan bahawa adalah tidak wajar bagi seorang pelajar yang berada dalam kawasan universiti menggunakan kata sapaan seperti itu. Sepatutnya, sebagai seorang mahasiswa universiti, kita perlulah lebih mengambil berat akan perkara sebegini. Hal ini demikian kerana di dalam situasi ini, kita sebagai pelajar tidak mengetahui sama ada seseorang itu mempunyai taraf pendidikan yang tinggi mahupun tidak. Jadi saya merasakan bahawa adalah sangat tidak sesuai sekiranya kita terus memanggil dengan kata sapaan sedemikian, lebih-lebih lagi ketika dalam kawasan universiti. Hal ini juga kerana ramai individu yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi sebagai contoh seperti wanita yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya. Kata sapaan yang dirasakan sesuai untuk seorang wanita dalam konteks sekiranya kita berada di dalam kawasan universiti ini ialah "Puan" atau "Cik". Kata sapaan sebegini dirasakan sesuai ditujukan kepada individu yang mempunyai pangkat yang lebih tinggi dan secara tidak langsung dapat memberikan penghormatan buat mereka.

BAHASA ROJAK LAGI!!!

Bahasa rojak boleh didefinisikan sebagai bahasa campuran antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Biasanya penggunaan bahasa rojak sama ada menggunakan bahasa Inggeris diantara bahasa Melayu dalam ayat atau separuh bahasa Melayu dan separuh bahasa Inggeris.

Contoh perbualan yang biasa didengar ialah : 

“Ada meeting tak malam ni”

“entahlah, aku pun tak sure”

“try lah tanya orang lain”


Namun begitu, terdapat beberapa perbincangan menarik antara kebaikan dan keburukan penggunaan bahasa rojak ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan bahasa rojak mendatangkan kemudahan bagi masyarakat yang menuturnya. Bagi masyarakat majmuk seperti masyarakat di negara kita, penggunaan bahasa rojak dikatakan relevan dengan penguasaan bahasa mereka. Contohnya, bagi masyarakat Cina dan India, mereka lebih selesa menggunakan bahasa Melayu rojak berbanding bahasa Melayu standard kerana penggunaan bahasa Melayu rojak tersebut lebih memudahkan mereka dalam urusan seharian.

Contohnya seperti : 

“aiyaa, you bikin ini macam kasi wa manyak susah lo”

“itu rules tak betul punyalah”


Masyarakat Melayu dilihat sering menggunakan bahasa rojak dalam percakapan seharian mereka. Penggunaan bahasa Melayu rojak ini akan dianggap hebat dan mengikut perkembangan semasa jika dituturkan dalam berkomunikasi. Jika keadaan ini berterusan, pastinya jati diri bahasa Melayu akan luntur sedikit demi sedikit dan tidak mustahil bahasa Melayu ini akan dianggap sebagai bahasa picisan dan tiada nilainya sedangkan penutur yang bertutur dalam bahasa Melayu menduduki tempat ke-empat paling tinggi di seluruh dunia.

Biarpun bahasa Inggeris semakin meningkat penggunaanya, tetapi masyarakat Melayu haruslah sedar bahawa hanya kita boleh membuatkan bahasa Melayu setaraf dengan bahasa Inggeris diperingkat antarabangsa mahupun peringkat seterusnya. Sikap saling tegur menegur dan bantu membantu dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sangatlah penting dan perlu dilaksanakan secara konsisten oleh pihak kerajaan, badan bukan kerajaan(NGO) dan juga masyarakat penutur itu sendiri.

Tuesday, March 1, 2011

BAHASA SMS

SITUASI : 

Saya sudahpun berada di semester enam dan bermakna sudah tiga tahun saya meneruskan
pengajian peringkat tinggi di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Kursus yang saya ikuti pula memerlukan saya menguasai pelbagai aspek bahasa yang saya tidak pernah jangka seperti linguistik, psikolinguistik dan juga sosiolinguistik. Semua ini merupakan kosa kata baru dalam penguasaan bahasa saya. Berbalik kepada bahasa sistem pesanan ringkas (sms) itu tadi, saya mendapati penggunaan bahasa rojak dalam sms sememangnya sangat ketara dalam kalangan kami walaupun kami sebenarnya merupakan bakal guru bahasa Melayu. Contoh seperti mesej yang diterima dari seorang sahabat saya bernama G dan mesejnya ialah : 


“Busy saudara,Pukul 12am lebih saya datang ye.”
Seterusnya mesej dari sahabat saya yang bernama R pula :

“Dah send..try tengok.”

Selanjutnya mesej dari Z ialah : 

“Ok jap ea..ak training dak2 aku jap.”








ULASAN : 

Sebagai individu yang mengambil Ijazah Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat Universiti, mereka sepatutnya lebih peka terhadap kesensitifan bahasa mereka sendiri. Tidak wajar mereka memperlakukan bahasa Melayu dengan sedemikian rupa sedangkan mereka ialah bakal guru bahasa Melayu. Ibarat “ketam mengajar anaknya berjalan lurus” kerana mereka akan memasuki sekolah dan cuba pula mengajar anak murid mereka supaya menggunakan bahasa Melayu dengan betul sedangkan bahasa yang mereka gunakan dalam sms juga adalah bahasa Melayu rojak.