Menurut kamus dewan edisi keempat (2005), dialek ialah satu bentuk bahasa yg digunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah. Semasa saya berada di semester satu, saya berasa terasing apabila bercampur dengan pelajar dari negeri Kelantan dan Terengganu kerana mereka menggunakan dialek mereka apabila berbual antara mereka. Saya tidak memahami walaupun sebutir kata yang keluar dari mulut mereka kerana saya berasal dari negeri Kedah, yang menggunakan dialeknya sendiri dalam perbualan seharian. Barulah saya memahami pada waktu itu bahawa betapa uniknya budaya bangsa Melayu ini kerana mempunyai dialek-dialek yang tertentu mengikut negeri dan kawasan. Berikut akan saya nyatakan beberapa penggunaan dialek mengikut negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Contoh dialek Kelantan :
“Demo nok g mano? Tubik luar tok ajok kawe, berat la demo nie”
“Kawe nok tubik bentar deh, demo jange kelik dulu”\
Contoh dialek Terengganu :
“Lie, mung nak g mana?”
“aku makang dah ikang tue tadi”
Contoh dialek Kedah :
“Hang takkan nak jadi macam depa, tidoq tak wat keja”
“Hangpa nak p mana”
Begitulah keunikan bahasa Melayu yang didalamnya mengandungi pelbagai dialek yang unik dan indah. Bagi masyarakat Melayu di negeri Johor, mereka lebih terdedah dengan dialek Jawa. Contohnya seperti :
“wes mangan orong” (sudah makan belum?)
“ arep mareng ndi” (hendak pergi mana?)
Begitulah ragam-ragam dialek yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu yang mendiami bumi berdaulat Malaysia ini.
Saturday, March 19, 2011
Thursday, March 17, 2011
TABOLI SORI BOSS
Saya terjumpa gambar papan tanda ini di internet baru-baru ini. Pada mula saya membaca papan tanda ini, saya tidak memahami maksud yang ingin disampaikan. Tetapi setelah diteliti, barulah saya mengetahui maksud yang ingin disampaikan oleh penulis tersebut.
ULASAN
Berdasarkan perkataan dalam papan tanda tersebut, saya merasakan papan tanda tersebut ditulis oleh orang berbangsa India. Hal ini demikian kerana perkataan ‘taboli’ itu menggambarkan sebutan pelat orang India yang bercakap bahasa Melayu. Begitu banyak kesalahan ejaan yang terdapat dalam papan tanda ini iaitu :
Taboli – tidak boleh
Sori - sorry
Penggunaan kosa kata Inggeris iaitu ‘sorry’ juga dieja mengikut sebutan bahasa Melayu. Dilihat penggunaan bahasa rojak diterjemahkan dalam bentuk tulisan. Yang lebih malangnya, papan tanda itu dipamerkan kepada orang ramai untuk panduan umum.
Wednesday, March 16, 2011
BAHASA MUDA MUDI...
Situasi
Situasi ini saya rakamkan ketika ingin menaiki lif di bangunan Proton City.
X : Cepatla mangkuk..Lewat da ni...Kang kena marah plak...hangit...
Y : Sabo la...Tak marah lec tu kat aku...Aku kan gold son die...
X : Ye la tu.
Ulasan
Kita dapat lihat penggunaan bahasa rojak dalam perbualan dua orang sahabat di atas. Y menggunakan istilah Inggeris 'gold son" bagi menggantikan perkataan anak emas. Tidak wujud simpulan bahasa 'gold son dalam bahasa Inggeris. alngkah indahnya jika Y mengucapkan perkataan itu dalam bahasa Melayu. X mula menggunakan kata ganti nama 'mangkuk terhadap rakannya. Perkataan ini merupakan dialek muda mudi bagi menggantikan kata ganti nama yang agak kesat.
Sehubungan dengan itu, percampuran penggunaan bahasa dalam perbualan mungkin dapat dikurangkan supaya proses komunikasi yang berlaku lebih gramatis dan bermakna. Cadangan yang kedua ialah mereka berdua boleh menggunakan bahasa Inggeris dengan sepenuhnya untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Jika perkara ini dapat diamalkan oleh kita terutamanya rakyat Malaysia, maka matlamat untuk mencapai penggunaan bahasa Melayu Baku dapat dicapai serta meningkatkan martabat bahasa Melayu itu sendiri di mata dunia.

Sunday, March 13, 2011
CEKELAT..
Memandangkan saya merupakan anak jati Kedah, sekali lagi kita akan menelusuri kesalahan bahasa dialek Kedah. Jika ditanya pada orang-orang tua di Kedah maksud gula-gula, pasti ramai di antara mereka tidak mengetahui maksudnya. Hal yang demikian kerana tiada istilah tersebut dalam dialek Kedah.
Dialek Kedah mengistilahkan semua jenis gula-gula kepada "cekelat". Jikalau coklat sememangnya dipanggil coklat. Masalahnya disini ialah tiada istilah yang dapat membezakan di antara gula-gula dan coklat. Jadi, ingatlah rakan-rakan, sekiranya anda berkunjung ke Kedah, jangan terkejut sekiranya gula-gula Lot 100 kegemaran anda juga dipanggil "cekelat".

Saturday, March 12, 2011
LAIN PADANG, LAIN BELALANG...
saya tertarik untuk menghuraikan pengaruh budaya dalam pertuturan seharian, secara spesifiknya kepada cara beberapa individu yang berbeza ketika menyapa atau mengajak saya untuk pergi makan.
Pastinya dalam pergaulan seharian biasanya bahasa yang digunakan tidaklah gramatis atau mengikut segala peraturan yang tercatat dalam kitab-kitab tatabahasa Melayu namun cukuplah sekadar sapaan itu bersifat mesra dan mudah difahami sesama sendiri serta mengikut kesesuaian masa dan ukuran usia.
Berikut merupakan beberapa sapaan yang sempat saya catatkan di sini;
"Woi, dah makan?"
"Makan jom!"
"Jom melantak dulu."
"Makan sudah kau?"
"Tak nak makan dulu ke?"
"Makan belum?"
Kalau dilihat ayat-ayat yang digunakan di atas tidaklah gramatis bahasanya. Berlaku pelbagai pengguguran kata serta mungkin agak kasar bunyinya. Selain itu istilah-istillah dalam bahasa slanga juga kerap digunakan. Akan tetapi, tujuan dan maknanya hanya satu, iaitu untuk mengajak seseorang untuk menjamu selera. Mungkin dalam bahasa formal dan betul sepatutnya berbunyi begini;
"Awak sudah makan atau belum? Sudikah awak untuk makan bersama kami?"
Namun sesiapa yang bertutur seperti begitu pasti akan diketawakan. Jadi dapat disimpulkan di sini bahawa dalam pertuturan makna lebih penting mengatasi peranan kegramatisan bahasa dari sudut morfologi dan sintaksis. Penggunaan bahasa yang bersifat slanga ini haruslah bersesuaian dengan lingkungan umur dan budaya penuturnya. Jika tidak kita mungkin akan dilabel sebagai kurang ajar dan sebagainya.
Friday, March 11, 2011
SENGAU..
Saya pasti setiap daripada anda mesti pernah berhadapan dengan situasi berdialog dengan orang sengau. Sengau dapat ditakrifkan sebagai berhubungan dengan suara yang diucapkan dengan bunyi melalui hidung. Pasti agak melucukan apabila mendengarnya.
Tetapi hal yang demikian bukan bermakna anda dapat mengejek hasil ciptaan yang Maha Esa. Setiap makhluk mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri. Saya berhadapan situasi ini apabila ingin membeli gula di sebuah kedai di Tanjung Malim. Begini sedikit dialog yang dapat saya coretkan :
Saya : Pak cik, gula sekilo..
Pekedai : Ngula ntak hade.
Saya : Ape Pak cik??
Pekedai : Ngula ndah habeh.
Saya : Saya nak gula pak cik bukan gulai.
Pekedai : Mukan ngulai, ngula.
Saya : Owh, gula...Takpe la Pak cik.
ULASAN
Berdasarkan situasi di atas, Pekedai tersebut mengalami masalah sengauan semasa bertutur. Pada mulanya saya tidak dapat memahami apa yang dituturkannya. Tetapi apabila diteliti dengan betul, maksud kata-katanya dapat saya tangkap. Tujuan saya mencoretkan peristiwa ini hanyalah sebagai iktibar kepada rakan-rakan. janganlah kita sesekali kita mengejek atau mentertawakan orang sebegini kerana apa yang terjadi bukan kehendaknya.

Thursday, March 10, 2011
BLOG DAN BAHASA...
Pelbagai bahan digunakan untuk mencari maklumat dan melontar pandangan mengenai apa-apa yang ingin disampaikan. Bahan-bahan penulisan kini tidak mematuhi peraturan berbahasa. Hal ini bermakna bahawa penulis-penulis kini tidak mementingkan dan tidak mematuhi peraturan dalam berbahasa. Misalnya, penulisan blog yang kian popular di kalangan penulis. Penulisan blog tidak menitikberatkan peraturan berbahasa dalam menghasilkan penulisan yang berbentuk pendapat mahupun idea yang dicambahkan melalui blog. Kata singkatan, pencampuran antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris seolah-olah telah menjadi ikutan penulis kini. Ini adalah disebabkan kebebasan menulis tanpa mengambil kira aspek peraturan bahasa. Jelaslah bahawa kebanyakan bahan-bahan penulisan pada masa kini tidak mematuhi peraturan berbahasa sebagai asas dalam penulisan sesuatu karya. Bahan-bahan penulisan pada masa kini tidak mematuhi peraturan bahasa kerana penulis memandang ringan terhadap penggunaan bahasa yang digunakan. Penulis seharusnya mempunyai kesedaran terhadap hal ini kerana memahami peraturan berbahasa adalah penting dalam penulisan kerana boleh mempengaruhi hasil penulisan supaya berkualiti dan diiktiraf oleh pembaca.
Monday, March 7, 2011
Saya terbaca di dalam akhbar yang menunjukkan papan tanda yang boleh dianggap melanggar makna bahasa Melayu. Komunikasi untuk menyampaikan maklumat penting, tetapi perlulah menggunakan bahasa dengan betul. Kepentingan memahami peraturan bahasa dalam penulisan amat penting supaya laras kefahaman pembaca dapat dicapai. Penulisan yang mengikut peraturan bahasa akan mengekang pembaca menimbulkan kekeliruan dalam memahami konteks ayat yang ingin disampaikan oleh penulis. Sebagai contoh, gambar diatas merupakan kesilapan yang dilakukan dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca. "AWAS DIBENARKAN TERJUN DI SINI' merupakan kesalahan peraturan bahasa yang dilihat dapat mengelirukan sesetangah pembaca kerana bukan semua pembaca dapat memahami ayat yang tersirat disebalik kenyataan tersebut. Antara kesalahan peraturan bahasa yang selalu dilakukan oleh penulis adalah kesalahan ejaan. Kesalahan ejaan boleh membuatkan pembaca memperlekehkan keupayaan penulis dalam sesebuah penulisan. Hal ini kerana keupayaan seseorang penulis dalam bidang penulisan ditentukan melalui kesempurnaan peraturan bahasa dan keberkesanan pemahaman dari pembaca.
SAKIT BERUT.....
SAKIT BERUT….
Gambar ini saya lihat di dalam koleksi gambar kawan saya di Twitter sekaligus mengingatkan saya mengenai tugasan sosiolinguistik. Jelas sekali menunjukkan kesalahan pengejaan kosa kata ‘berut' iaitu kata dasar sebenarnya ialah 'perut'. kesalahan ini mungkin disebabkan oleh pengaruh dialek Cina dalam bahasa Melayu. percakapan yang dituturkan seharian diterjemahkan di dalam bentuk tulisan. kesalahan ini wajar dielakkan kerana papan tanda ini ialah iklan untuk kedainya dan dipaparkan kepada orang ramai. hal seperti ini boleh menjatuhkan martabat bahasa Melayu itu sendiri di mana iklan yang dilihat oleh orang ramai mengalami kesalahan bahasa yang begitu ketara....
Sunday, March 6, 2011
BETULKAH SURAT KHABAR??
Surat khabar merupakan sumberinformasi etrbaik yang kita ada. malah kebanyakan daripada kita telah menempahnya setiap hari. Rutin harian apabila kita minum kopi dipagi hari, mesti dengan membelek surat khabar bagi mengetahui isu semasa.
Tetapi sejauh manakah kebenaran akhbar yang harus kita percayai. Hari ini, saya tidak berniat untuk mempertikaikan isu yang diterbitkan akhbar, tetapi bahasa yang digunakannya. Seperti foto di atas, jelas terlihat ejaan perkataan 'final' agak meragukan. Setahu saya, perkataan 'final'merupakan perkataan bahasa inggeris yang masih belum dimurnikan ke dalam bahasa Melayu. Jadi, tajuk akhbar berikut sepatutnya berbunyi, " Peringkat Akhir Impian".
Walaupun kesalahan ini dilihat agak kecil, namun pengaruhnya amat berat terhadap pembaca. Cuba anda bayangkan sekiranya kanak-kanak membaca petikan tersebut, pasti anggapannya terhadap "final' boleh ditulis dalam bahasa Melayu.
Saturday, March 5, 2011
Friday, March 4, 2011
APAKAH STATUS BAHASA KEBANGSAAN??
Usaha memartabatkan bahasa Melayu mutakhir ini terancam dan masa depannya dilihat sebagai tidak menentu dari pelbagai sudut akibat penggunaannya yang bercelaru dan dipinggirkan.
Dato' Mohammad Aziz (BN-Sri Gading) berkata, walaupun bahasa Melayu dirakamkan dalam Perlembagaan Persekutuan perkara 152 sebagai bahasa rasmi, bagaimanapun prospek menjadi bahasa utama itu dilihat tidak menentu. "Bahasa Melayu ada dalam perlembagaan tetapi kita tidak hayati dan amalkan sebagai usaha memartabatkannya," tegas beliau lagi. "Segala kerja memartabatkan bahasa Melayu hampir berjaya,bagaimanapun mutakhir ini kejayaan itu mula punah," ujar beliau ketika membahaskan Belanjawan 2005 di Parlimen semalam. Ujar Mohammad, peminggiran bahasa Melayu mutakhir ini dari segenap aspek pengurusan dan pentadbiran sehinggalah kepada komunikasi dibiarkan berterusan.
"Apakah kerajaan hanya nak berpeluk tubuh sahaja membiarkan bahasa Melayu terus terpinggir sedemikian rupa,"soalnya lagi.
Beliau turut kesal dengan tindakan meminggirkan bahasa Melayu yang dilihat seolah-olah tidak ada nilai atau keuntungan kepada ekonomi negara. Tambahnya, slogan 'cintailah bahasa kebangsaan'hanyalah menjadi slogan yang tidak lagi bermakna apabila ada di antara agensi kerajaan sendiri tidak mengambil ikhtibar kepada usaha merealisasikan slogan itu.
"Rasa hormat kepada bahasa Kebangsaan sudah hilang.Masyarakat, media dan banyak pihak hanya menggunakan bahasa rojak, bahasa campuraduk, bahasa deejay dan segala jenis kerosakan bahasa," ujarnya lagi dengan nada yang marah.
Kata beliau, usaha memartabatkan bahasa Kebangsaan tidak akan berjaya selagi elemen merosakkan bahasa wujud di segenap lapisan masyarakat tanpa ada pihak yang mempertahankannya.
Justeru beliau mengulangi gesaan kepada kerajaan agar peka terhadap permasalahan yang akan merencatkan budaya dan identiti bangsa Melayu itu sendiri.
"soal bahasa bukan perkara yang kedua tetapi ianya perkara pokok yang sepatutnya diutamakan,"tegas beliau lagi.
Laporan akhbar 11 Ogos lalu menyebut ramai pakar bahasa menolak penggunaan istilah `Infotainmen' yang digunakan di dalam slogan baru Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana ia jelas merupakan satu istilah rojak. Mereka berpendapat, slogan `Saluran Infotainmen Anda' melalui penjenamaan semula rancangan-rancangan televisyen
di stesen itu bermula 1 Ogos lalu tidak membawa apa-apa erti kerana ia jelas campuran perkataan antara bahasa Melayu dan Inggeris.
Jelas mereka, penggunaan slogan itu juga dikhuatiri akan mempengaruhi berjuta rakyat Malaysia untuk lebih cenderung melakukan kesilapan yang sama dan berpotensi untuk mencipta istilah rojak mereka sendiri sebagai satu budaya baru.
Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Dr Awang Sariyan berkata, beliau sendiri tidak jelas dengan slogan `Saluran Infotainmen Anda' kerana maksudnya kabur dan bercanggah dengan tatacara bahasa Melayu. Beliau memberitahu, sebelum membentuk sebarang istilah, media tempatan terutamanya stesen televisyen juga perlu
peka dan membuat kajian terlebih dahulu sebelum mencetuskan kontroversi yang sebenarnya akan memalukan diri mereka sendiri.
"Mereka boleh rujuk kepada pakar-pakar bahasa sama ada di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau pun pensyarahpensyarah bahasa berhubung perkara ini.
"Tradisi orang yang berilmu adalah merujuk kepada pihak yang mengetahui.
"Malah, sebelum ini RTM sebenarnya kerap merujuk kepada DBP mengenai penggunaan istilah, tetapi dalam hal barubaru ini, ia amat mengecewakan," katanya.

Wednesday, March 2, 2011
KAKAK ATAU CIK??
SITUASI
Pada hari ini, saya teringat kembali akan suatu peristiwa yang berlaku sendiri di hadapan mata saya. Semasa berada di dalam bilik Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, terdapat dua orang pelajar perempuan yang masuk dan bertanyakan kepada seorang kakitangan universiti yang pada ketika itu. Begini bunyinya, "Kak, saya nak tumpang tanya, Datuk Rosli ada kuliah ke?", sambil tersenyum kakitangan universiti tersebut menjawab pertanyaan tersebut.
ULASAN
Saya tertarik untuk memberikan pandangan peribadi saya mengenai peristiwa tersebut kerana saya merasakan bahawa adalah tidak wajar bagi seorang pelajar yang berada dalam kawasan universiti menggunakan kata sapaan seperti itu. Sepatutnya, sebagai seorang mahasiswa universiti, kita perlulah lebih mengambil berat akan perkara sebegini. Hal ini demikian kerana di dalam situasi ini, kita sebagai pelajar tidak mengetahui sama ada seseorang itu mempunyai taraf pendidikan yang tinggi mahupun tidak. Jadi saya merasakan bahawa adalah sangat tidak sesuai sekiranya kita terus memanggil dengan kata sapaan sedemikian, lebih-lebih lagi ketika dalam kawasan universiti. Hal ini juga kerana ramai individu yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi sebagai contoh seperti wanita yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya. Kata sapaan yang dirasakan sesuai untuk seorang wanita dalam konteks sekiranya kita berada di dalam kawasan universiti ini ialah "Puan" atau "Cik". Kata sapaan sebegini dirasakan sesuai ditujukan kepada individu yang mempunyai pangkat yang lebih tinggi dan secara tidak langsung dapat memberikan penghormatan buat mereka.

BAHASA ROJAK LAGI!!!
Bahasa rojak boleh didefinisikan sebagai bahasa campuran antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Biasanya penggunaan bahasa rojak sama ada menggunakan bahasa Inggeris diantara bahasa Melayu dalam ayat atau separuh bahasa Melayu dan separuh bahasa Inggeris.
Contoh perbualan yang biasa didengar ialah :
“Ada meeting tak malam ni”
“entahlah, aku pun tak sure”
“try lah tanya orang lain”
Namun begitu, terdapat beberapa perbincangan menarik antara kebaikan dan keburukan penggunaan bahasa rojak ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan bahasa rojak mendatangkan kemudahan bagi masyarakat yang menuturnya. Bagi masyarakat majmuk seperti masyarakat di negara kita, penggunaan bahasa rojak dikatakan relevan dengan penguasaan bahasa mereka. Contohnya, bagi masyarakat Cina dan India, mereka lebih selesa menggunakan bahasa Melayu rojak berbanding bahasa Melayu standard kerana penggunaan bahasa Melayu rojak tersebut lebih memudahkan mereka dalam urusan seharian.
Contohnya seperti :
“aiyaa, you bikin ini macam kasi wa manyak susah lo”
“itu rules tak betul punyalah”
Masyarakat Melayu dilihat sering menggunakan bahasa rojak dalam percakapan seharian mereka. Penggunaan bahasa Melayu rojak ini akan dianggap hebat dan mengikut perkembangan semasa jika dituturkan dalam berkomunikasi. Jika keadaan ini berterusan, pastinya jati diri bahasa Melayu akan luntur sedikit demi sedikit dan tidak mustahil bahasa Melayu ini akan dianggap sebagai bahasa picisan dan tiada nilainya sedangkan penutur yang bertutur dalam bahasa Melayu menduduki tempat ke-empat paling tinggi di seluruh dunia.
Biarpun bahasa Inggeris semakin meningkat penggunaanya, tetapi masyarakat Melayu haruslah sedar bahawa hanya kita boleh membuatkan bahasa Melayu setaraf dengan bahasa Inggeris diperingkat antarabangsa mahupun peringkat seterusnya. Sikap saling tegur menegur dan bantu membantu dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sangatlah penting dan perlu dilaksanakan secara konsisten oleh pihak kerajaan, badan bukan kerajaan(NGO) dan juga masyarakat penutur itu sendiri.

Tuesday, March 1, 2011
BAHASA SMS
SITUASI :
Saya sudahpun berada di semester enam dan bermakna sudah tiga tahun saya meneruskan
pengajian peringkat tinggi di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Kursus yang saya ikuti pula memerlukan saya menguasai pelbagai aspek bahasa yang saya tidak pernah jangka seperti linguistik, psikolinguistik dan juga sosiolinguistik. Semua ini merupakan kosa kata baru dalam penguasaan bahasa saya. Berbalik kepada bahasa sistem pesanan ringkas (sms) itu tadi, saya mendapati penggunaan bahasa rojak dalam sms sememangnya sangat ketara dalam kalangan kami walaupun kami sebenarnya merupakan bakal guru bahasa Melayu. Contoh seperti mesej yang diterima dari seorang sahabat saya bernama G dan mesejnya ialah :
“Busy saudara,Pukul 12am lebih saya datang ye.”
Seterusnya mesej dari sahabat saya yang bernama R pula :
“Dah send..try tengok.”
Selanjutnya mesej dari Z ialah :
“Ok jap ea..ak training dak2 aku jap.”
ULASAN :
Sebagai individu yang mengambil Ijazah Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat Universiti, mereka sepatutnya lebih peka terhadap kesensitifan bahasa mereka sendiri. Tidak wajar mereka memperlakukan bahasa Melayu dengan sedemikian rupa sedangkan mereka ialah bakal guru bahasa Melayu. Ibarat “ketam mengajar anaknya berjalan lurus” kerana mereka akan memasuki sekolah dan cuba pula mengajar anak murid mereka supaya menggunakan bahasa Melayu dengan betul sedangkan bahasa yang mereka gunakan dalam sms juga adalah bahasa Melayu rojak.

Monday, February 28, 2011
KLINIK
ULASAN :
Untuk gambar yang pertama, premis tersebut menggunakan perkataan 'Kelinik' dan 'Klinik' di hadapan perkataan 'Chan'. Terdapat kecelaruan bahasa yang jelas dan saya menjangkakan perkara ini sudah pasti akan mengelirukan pengguna yang membacanya terutamanya dalam kalangan remaja dan kanak-kanak. Seharusnya pemilik premis tersebut lebih peka akan aspek bahasa yang digunakan kerana ejaan yang sebenar ialah 'klinik' dan bukannya 'kelinik' bagi memberikan maksud pusat rawatan.
Saturday, February 26, 2011
BAHASA MELAYU PEKERJA ASING..
SITUASI
Pada hari Ahad bersamaan 6 Febuari 2011, saya bersama seorang rakan telah pergi ke sebuah kedai mencuci kenderaan untuk membasuh motosikal saya. Semasa pekerja kedai itu mencuci motosikal saya, saya telah mengambil kesempatan untuk berbual dengan pekerja kedai tersebut, yang merupakan warganegara Bangladesh.
Antara dialog yang saya bualkan bersama pekerja tersebut ialah :
Saya : sudah berapa lama kerja sini?
Pekerja : sikit hari, sikit tahun sudah
Saya : ouh dah berapa tahun?
Pekerja : 3 tahun, 4 tahun, 7 tahun la
Saya : 7 tahun? Tak balik Bangladesh ke?
Pekerja : itu macam, sikit tahun 10 tahun balik la.
Saya : belajar dengan siapa bahasa Melayu?
Pekerja : belajar sendiri-sendiri la, duduk sini tahu cakap itu cina, itu tamil baru boleh kija (kerja). Susah la mau hidup sini tempat kalu tada(tak) tau cakap itu punya.
ULASAN :
Apabila saya berbual dengan pekerja warga Bangladesh tersebut, dia berasa bangga apabila berupaya menuturkan bahasa Melayu dan dia menganggap bahasa Melayu ini mudah untuk dikuasai dan difahami. Namun dari apa yang saya dengar,lihat dan teliti dari aspek fonologi dan sintaksis, ternyata bahasa Melayu yang diucapakan oleh pekerja Bangladesh tersebut hanya sekadar bahasa pasar dan bukannya menggambarkan tahap penguasaan bahasa Melayu yang sebenar. Pekerja tersebut tidak berupaya menggunakan sebarang imbuhan dalam percakapannya malahan juga terdapat kekaburan subjek, predikat dan objek dalam pertuturannya. Saya merumuskan bahawa pekerja Bangladesh tersebut seorang yang kurang cerdik akalnya kerana menganggap dirinya sudah menguasai bahasa Melayu dengan baik dan bagus, sedangkan dia belum lagi memasuki lorong-lorong bahasa Melayu yang berliku dan penuh ranjau ini.

Posted by Amri, Muar.Johor. at 8:31 AM 0 comments
Friday, February 25, 2011
OK
Penulisan kali ini bertujuan membincangkan penggunaan 'ok' dalam kalangan pelajar UPSI sendiri terutamanya pelajar program Pendidikan Bahasa Melayu. Baru-baru ini kami telah menjalani pengajaran mikro bagi kursus KPD3026. Setiap guru pelatih yang menjalankan pengajaran mikro sentiasa mengeluarkan perkataan 'ok' sepanjang proses pengajaran. Terdapat juga sesetengahnya yang menggunakan 'ok' ketika di saat permulaan pengajaran lagi. Hal ini membuktikan bahawa pengaruh 'ok' amat menebal dalam kalangan rakyat Malaysia termasuklah dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi sendiri. Penggunaan 'ok' telah menjadi kelaziman dalam kalangan rakyat Malaysia seterusnya mendorong kepada peluasan penggunaannya sehingga ke tahap universiti. Kita seharusnya peka dan cuba berwaspada malah perlu mengubah secara sedikit demi sedikit penggunaan 'ok' dalam komunikasi seharian kita. Penggunaan 'ok' boleh digantikan dengan 'baiklah' atau seumpamanya yang difikirkan sesuai. Sekiranya kita gagal untuk mmbendung atau mengawal dan seterusnya menghapuskan pengaruh 'ok' dalam proses kita berbahasa maka, penggunaan Bahasa Melayu Baku yang sempurna tidak dapat dicapai. Sebagai seorang bakal guru, saya ingin berpesan kepada semua rakyat Malaysia terutamanya rakan-rakan seperjuangan supaya mengurangkan penggunaan 'ok' dalam proses kita berbahasa terutamanya apabila kita mengajar di sekolah kelak. Hal ini demikian kerana, didikan yang betul di sekolah akan melahirkan insan yang mampu mengamalkan penggunaan Bahasa melayu Baku dengan baik. Sekolah merupakan institusi yang menjadi akar umbi kepada pembentukan insan yang baik dan seimbang daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sehubungan dengan itu, perkara ini seharusnya dipandang serius untuk mendidik para generasi muda, bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya".
Monday, February 21, 2011
ASSALAMUALAIKUM....
Kali ini, perbincangan saya tidak memfokuskan terhadap kesalahan bahasa tetapi sekadar ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada menceritakan tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”.
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contohnya…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“. Penyataan ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan
“Assalamualaikum”.
Sama-samalah kita memperbetulkan kesilapan diri yang selalu menggunakan ringkasan“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘. Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“AS Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong majukan kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..
Sunday, February 20, 2011
Kurang Ajar!
Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.
Untuk bangsa kita yang pemalu.
Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.
Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.
Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar
SN Usman Awang
Orang melayu memang takut jika digelar kurang ajar. Bangsa sopan lah katakan. Betul, kita memang perlu sopan. Namun dalam menyatakan yang Haq, kadang-kadang sopan itu perlu dinombor dua kan. Terutama dalam menegakkan kebenaran di hadapan orang yang lebih tua. Kita mesti menghormati orang yang lebih tua, tiada sangkalan lagi. Namun, orang tua mesti ingat, untuk mendapat penghormatan dari orang muda, mereka mesti membuktikan diri mereka layak untuk dihormati. Takkan semata sebab mereka lahir dulu, maka penghormatan itu automatik diberikan. Tak boleh. Tak semudah itu.
Orang muda darah panas. Bercakap mulut dahulu baru otak. Kadang-kadang terkasar bahasa. Itu sudah lumrah. Yang tua mesti faham. Kerana mereka juga pernah menjadi muda. Jadi, fikir-fikirkanlah. Ini hanya sebuah pendapat. Sebarang penambahbaikan boleh dilakukan.
Friday, February 18, 2011
Bahasa Rojak..
Perbincangan kali ini berkisar mengenai bahasa rojak. Saya terdengar ada pihak yang tidak senang dengan langkah RTM mengharamkan lagu-lagu yang liriknya mengandungi bahasa rojak. Persatuan Karyawan Malaysia menyifatkan perkara ini masalah kecil. Jika diteliti, ini bukan perkara kecil. Saya berpendapat jika RTM betul-betul hendak menghapuskan bahasa rojak ia hendaklah melakukannya bersungguh-sungguh meliputi segala-galanya, bukan hanya lirik lagu.
Dialog drama serta bahasa yang digunakan oleh pengulas-pengulasnya dalam semua rancangan termasuk ulasan sukan hendaklah bebas seratus peratus daripada `rojak.' Begitu juga mereka yang mengambil bahagian dalam apa juga rancangan RTM. Malangnya, saya masih terdengar pembaca berita RTM masih lagi menggunakan "di kalangan" walaupun yang sebetulnya adalah "dalam kalangan".
Jika tidak dikawal, rakyat Malaysia akan lemah bahasa Melayu dan juga lemah bahasa Inggeris, tapi kuat dalam bahasa rojak. Orang yang guna bahasa rojak sebenarnya tidak menguasai bahasa Melayu dan tidak menguasai bahasa Inggeris. Untuk mengetahui apa yang cuba saya perkatakan ini, tengoklah berita-berita TV apabila orang biasa dan VIP bercakap.
Masalahnya, tidak kurang pula yang memang lebih suka menggunakan bahasa Inggeris walaupun lintang-pukang. Fikir-fikirkanlah....
BIADAP ATAU BERGURAU
Anda mesti ada terdengar desas-desus mengenai artis kegemaran anda iaitu Noh Hujan mengenai sikap biadapnya baru-baru ini. Ikon remaja kini yang membawa lagu berentak indie ini merupakan anak muda yang berasal daripada sarawak. Beliau juga merupakan salah seorang mentor dalam rancanagan realiti tv yang semakin diminati ramai.
Kurang sopan dan tidak tahu hormat orang lain, itu antara nista yang dilemparkan kepada ahli kugiran itu. Noh Hujan pernah dituduh biadap hanya kerana corak komunikasinya pernah disalah tafsir.
Contoh terdekat, butir bicara penyelenggara kumpulan Hujan, Noh, 26, pernah menyebabkan hati seorang penuntut institusi pengajian tinggi swasta terguris. Noh didakwa mengeluarkan ayat ‘Awak busuk’ kepadanya pada sebuah majlis sekitar Jun lalu.
Noh bagaimanapun menganggap niatnya ketika itu sekadar ingin bergurau tambahan pula luarannya, dia merupakan individu gemar bercanda. Sejujurnya, tidak pernah sesekali terlintas di minda Noh untuk merendahkan martabat wanita itu di depan orang lain.
Itulah yang dikatakan terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Kita mesti ingat, dalam pergaulan seharian, kita hendaklah berfikir sebaik mungkin sebelum sesuatu bicara itu diluahkan. Pepatah juga ada mengatakan bahawa 'lidah itu lebih tajam daripada pedang'. Jadi waspadalah supaya lidah anda tidak menghiris sesiapa.
Subscribe to:
Posts (Atom)