keliru?situasi ini bukanlah asing bagiku kerana ia sering berlaku dalam diriku sendiri. Keliru yang aku maksudkan di sini berkaitan dengan kekeliruan makna ataupun maksud sebenar yang ingin disampaikan ketika berlakunya komunikasi antara dua pihak atau lebih. Keliru dalam menanggapi maksud yang ingin disampaikan berlaku apabila satu pihak memberi makna yang salah terhadap perkara yang ingin disampaikan oleh pihak yang lain. Hal ini terjadi mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya, pihak yang berkomunikasi itu menggunakan bahasa pertuturan seharian yang agak berlainan. Faktor ini sedikit sebanyak akan memberi kesan dalam menanggapi maksud yang ingin disampaikan dalam sesebuah perbualan/komunikasi. Adalah penting bagi pihak yang ingin melakukan sesebuah perbualan/komunikasi menyelidiki dan memahami latar belakang orang yang ingin diajak untuk berbual/berkomunikasi agar perbualan yang berlaku tidak menjadi sia-sia. Sebagai contoh, seorang rakyat Malaysia yang fasih berbahasa Melayu versi Malaysia berbual dengan seorang rakyat Indonesia yang fasih berbahasa Melayu versi Indonesia. Walaupun kedua-duanya fasih berbahasa Melayu, namun bahasa Melayu yang digunakan oleh kedua-dua rakyat ini memiliki perbezaan, atau sesuai lagi jika dikatakan serupa tetapi berbeza. Mungkin sebahagian maksud dapat ditanggapi dengan betul, namun sebahagian lagi mungkin akan menimbulkan kekeliruan maksud antara kedua-dua rakyat ini. Kekeliruan yang timbul ini akan merosakkan kelancaran komunikasi yang dilaksanakan oleh mereka. Oleh itu, berhati-hatilah sebelum anda memulakan bicara dengan seseorang.
Saturday, February 12, 2011
Friday, February 11, 2011
TELEFON BIMBIT
Saya tertarik dengan petikan akhbar yang saya baca hari ini iaitu mengenai telefon bimbit. Antara petikan keratin akhbar tersebut berbunyi, “Penggunaan telefon bimbit ketika memandu dikena pasti sebagai salah satu faktor penyumbang kemalangan membabitkan pengguna jalan raya”. Kita memang tidak dapat menafikan kepentingan telefon bimbit terhadap kehidupan seharian tambahan dalam dunia yang serba moden ini. Tapi adakah kita patut menggunakannya tanpa mengira ruang dan peluang? Berikut merupakan akta yang dikenakan jika seseorang itu disabit kesalahan :
“17A. Larangan terhadap penggunaan telefon bimbit.
(1) Tiada seorang pemandu pun, semasa memandu kenderaan bermotor di atas jalan raya, boleh menggunakan, atau cuba menggunakan telefon bimbit atau apa – apa alat komunikasi lain melainkan ia digunakan melalui suatu alat tanpa perlu dipegang.
(2) Mana- mana orang yang melanggar subkaedah (1) adalah bersalah kerana melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan bertangungan terhadap denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau kedua- duanya sekali.”
Selain itu, terdapat kajian penyelidik dari Universiti Monash menunjukkan bahawa kanak-kanak disifatkan sebagai pengguna telefon bimbit yang tinggi kemungkinan besar mempunyai kurang ingatan, bertindak perlahan terhadap sesuatu tanggung jawab dan melakukan lebih banyak kesilapan daripada para pelajar yang kurang menggunakan telefon bimbit. Oleh itu, sedarlah wahai pembaca!!
Thursday, February 10, 2011
PRK
Hangat dan bahang PRK sudah mula reda. Apa itu PRK?? Pilihanraya Kampus ( PRK ) dan Pilihanraya Kecil (PRK ). Aku bukan ahli politik tapi aku suka memerhati. Aku perhatikan cara berkempen calon - calon Pilihanraya Kampus sama macam cara berkempen ahli politik semasa Pilihanraya Kecil
Sebab apa?..aku buktikan
1) Serangan peribadi masa bermanifesto ( amalan politik tidak sihat dan juga tidak membina mahasiswa)
2) Tersebar kertas - kertas fitnah ( sama lah jugak kalau ada Pilihanraya Kecil..tak percaya..tunggulah Kerdau dan Merlimau nanti )
3) Lobi melobi ( kes lompat - lompat parti...memang dahsyat ni )
4) Pertikaian tentang ketelusan pihak Suruhanjaya Pilihanraya ( mula - mula ada pastu senyap)
5) Penyokong dan pengikut ikut - ikut ( inilah mahasiswa..mengaku diri ambil peduli..walhal..dalam masa yang sama perjuangan hanya ikut - ikutan...perjuangan perlu difahami dan dihayati )
6 ) Fitnah - menfitnah ( ini penyakit yang perlu dibuang...berlawan dan bertanding secara intelektual dan bersahsiah )
Satu kabinet kena wujudkan semangat kekitaan..kena ada program erat ukhuwah sama-sama MPP. Kena bersatu demi kepentingan mahasiswa bukan kepentingan peribadi.
Sunday, February 6, 2011
MAKAN GULAI
Saya begitu tertarik dengan perkataan ‘makan gulai’. Saya selalu mendengar perkataan ini selepas melalui cuti semester. Kawan-kawan saya yang berasal dari Kelantan sibuk menceritakan pengalaman masing-masing ‘makan gulai’ di sana sini. Pada mulanya saya tidak mengetahui maksud perkataan ‘makan gulai ini, setelah diterangkan oleh sahabat saya barulah saya mengetahuinya iaitu maksud sebenarnya ialah menghadiri upacara kenduri.
ULASAN
Saya tertanya-tanya mengapa kosa kata “makan gulai dipilih untuk menggantikan perkataan “kenduri” sedangkan orang mengunjungi kenduri bukan semata-mata untuk menikmati gulainya, tetapi bermacam-macam juadah yang disediakan contohnya seperti nasi, kerabu, buah-buahan dan banyak lagi juadah yang menyelerakan. Atau mungkinkah pada waktu dahulu kenduri di Kelantan hanya menyediakan ‘gulai’ untuk santapan tetamunya? Bagi saya mungkin penggunaan kosa kata ‘bekwoh’ lebih relevan digunakan kerana perkataan ini berasal daripada perkataan Inggeris iaitu ‘big work’.
KOPEK
Cerita ini berlaku ketika saya mula menjejaki kaki ke UPSI beberapa tahun dahulu. Saya berasal daripada Kedah dan kebetulan saya ditempatkan dengan beberapa orang kawan ya g berasal dari Kelantan. Pada ketika itu, saya langsung tidak mengetahui dialek Kelantan. Pada suatu hari, berlaku peristiwa yang melucukan…..
Saya : Joe, tolong ambik kopek aku atas meja sat.
Joe : Mu ni gilo ko tinggal kopek kokse.
Saya : Cepat la, aku lambat dah ni.
Joe : Gilo la mu, gapo dia kopek?
Saya : Kopek tu beg duit la.
Joe : Parok mu ni. Oyak la beg duit. Kopek tu go lain.
ULASAN
Pelbagai variasi dialek dapat kita temui di Malaysia. Dialek inilah kadang kala menjadi suatu seni dalam pertuturan. Namun, berdasarkan situasi di atas, pertindihan sebutan yang mempunyai maksud yang berbeza mengelirukan saya dan sahabat saya. Dialek Kedah mendefinisikan kosa kata ‘kopek’ sebagai beg duit manakala dialek Kelantan pula mendefinisikan perkataan ‘kopek’ sebagai payudara.
Saturday, February 5, 2011
SOS CILI
Sos cili merupakan perasa makanan yang amat penting dalam amalan pemakanan seharian kita. Tanpa sos cili, anda mungkin tidak dapat menikmati mee goreng mamak sesedap hari ini.
Tapi disebalik fungsi sos cili terhadap kita, adakah kita perasan kesilapan bahasa yang terdapat pada sos cili. Jika anda seorang yang peka, anda paasti dapat melihat Kebanyakan botol-botol sos tidak menggunakan perkataan sos cili sebaliknya ‘cili sos’. Perkataan ini jauh menyimpang dari peraturan hokum D-M. Dalam bahasa Melayu, usuk yang diterangkan hendaklah mendahului unsure yang menerangkan. Dalam konteks ini. Cili merupakan unsur yang menerangkan sos dan bukan sebaliknya. Agak memalukan sekiranya syarikat yang berstatus mega, yang mengaut keuntungan berjuta-juta, tetapi tidak peka terhadap nama produknya sendiri.
Tuesday, February 1, 2011
PINGGE...
Situasi ini juga menceritakan mengenai kepelbagaian dialek Kelantan. Kali ini, kekeliruan berlaku terhadap kosa kata ‘pingge’. Berikut saya coretkan perbualan yang berlaku di antara saya dan kawan saya yang mengundang berlakunya situasi ini. Ianya berlaku tatkala kami sedang makan nasi beramai-ramai di ruang tamu rumah.
Yoe : Din, pingge mu cemar tu.
Saya : Mana? Tak dak pa pun.
Sambil membelek-belek pinggan dan mencari-cari.
Yoe : Buke pingge tu boh, pingge mu lor.
Saya : Pingge mana?
Yoe : Pingge ditubuh mu. Buke pingge make nasi.
Hahahaha…Diiringi ketawa beramai-ramai.
ULASAN
Perbualan yang berlaku di atas menunjukkan sebutan dialek membuatkan dua perkataan yang berbeza disebut dengan cara yang sama. Berlaku kekeliruan disebabkan sebutan ‘pingge’ mewakili dua perkataan yang berbeza iaitu ‘pinggan’ dan ‘pinggang’. Memandangkan saya bukanlah penutur dialek Kelantan, maka berlakulah salah faham seperti situasi di atas.
Subscribe to:
Posts (Atom)




