Wednesday, March 2, 2011

BAHASA ROJAK LAGI!!!

Bahasa rojak boleh didefinisikan sebagai bahasa campuran antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Biasanya penggunaan bahasa rojak sama ada menggunakan bahasa Inggeris diantara bahasa Melayu dalam ayat atau separuh bahasa Melayu dan separuh bahasa Inggeris.

Contoh perbualan yang biasa didengar ialah : 

“Ada meeting tak malam ni”

“entahlah, aku pun tak sure”

“try lah tanya orang lain”


Namun begitu, terdapat beberapa perbincangan menarik antara kebaikan dan keburukan penggunaan bahasa rojak ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan bahasa rojak mendatangkan kemudahan bagi masyarakat yang menuturnya. Bagi masyarakat majmuk seperti masyarakat di negara kita, penggunaan bahasa rojak dikatakan relevan dengan penguasaan bahasa mereka. Contohnya, bagi masyarakat Cina dan India, mereka lebih selesa menggunakan bahasa Melayu rojak berbanding bahasa Melayu standard kerana penggunaan bahasa Melayu rojak tersebut lebih memudahkan mereka dalam urusan seharian.

Contohnya seperti : 

“aiyaa, you bikin ini macam kasi wa manyak susah lo”

“itu rules tak betul punyalah”


Masyarakat Melayu dilihat sering menggunakan bahasa rojak dalam percakapan seharian mereka. Penggunaan bahasa Melayu rojak ini akan dianggap hebat dan mengikut perkembangan semasa jika dituturkan dalam berkomunikasi. Jika keadaan ini berterusan, pastinya jati diri bahasa Melayu akan luntur sedikit demi sedikit dan tidak mustahil bahasa Melayu ini akan dianggap sebagai bahasa picisan dan tiada nilainya sedangkan penutur yang bertutur dalam bahasa Melayu menduduki tempat ke-empat paling tinggi di seluruh dunia.

Biarpun bahasa Inggeris semakin meningkat penggunaanya, tetapi masyarakat Melayu haruslah sedar bahawa hanya kita boleh membuatkan bahasa Melayu setaraf dengan bahasa Inggeris diperingkat antarabangsa mahupun peringkat seterusnya. Sikap saling tegur menegur dan bantu membantu dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sangatlah penting dan perlu dilaksanakan secara konsisten oleh pihak kerajaan, badan bukan kerajaan(NGO) dan juga masyarakat penutur itu sendiri.

Tuesday, March 1, 2011

BAHASA SMS

SITUASI : 

Saya sudahpun berada di semester enam dan bermakna sudah tiga tahun saya meneruskan
pengajian peringkat tinggi di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Kursus yang saya ikuti pula memerlukan saya menguasai pelbagai aspek bahasa yang saya tidak pernah jangka seperti linguistik, psikolinguistik dan juga sosiolinguistik. Semua ini merupakan kosa kata baru dalam penguasaan bahasa saya. Berbalik kepada bahasa sistem pesanan ringkas (sms) itu tadi, saya mendapati penggunaan bahasa rojak dalam sms sememangnya sangat ketara dalam kalangan kami walaupun kami sebenarnya merupakan bakal guru bahasa Melayu. Contoh seperti mesej yang diterima dari seorang sahabat saya bernama G dan mesejnya ialah : 


“Busy saudara,Pukul 12am lebih saya datang ye.”
Seterusnya mesej dari sahabat saya yang bernama R pula :

“Dah send..try tengok.”

Selanjutnya mesej dari Z ialah : 

“Ok jap ea..ak training dak2 aku jap.”








ULASAN : 

Sebagai individu yang mengambil Ijazah Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat Universiti, mereka sepatutnya lebih peka terhadap kesensitifan bahasa mereka sendiri. Tidak wajar mereka memperlakukan bahasa Melayu dengan sedemikian rupa sedangkan mereka ialah bakal guru bahasa Melayu. Ibarat “ketam mengajar anaknya berjalan lurus” kerana mereka akan memasuki sekolah dan cuba pula mengajar anak murid mereka supaya menggunakan bahasa Melayu dengan betul sedangkan bahasa yang mereka gunakan dalam sms juga adalah bahasa Melayu rojak.

Monday, February 28, 2011

KLINIK


Pada hari sabtu 28 Febuari yang lalu, saya telah pergi ke pasar malam Tanjung Malim bersama seorang sahabat saya. Ketika melalui sebuah klinik, saya begitu tertarik dengan perkataan yang digunakan oleh premis tersebut. 




ULASAN :

Untuk gambar yang pertama, premis tersebut menggunakan perkataan 'Kelinik' dan 'Klinik' di hadapan perkataan 'Chan'. Terdapat kecelaruan bahasa yang jelas dan saya menjangkakan perkara ini sudah pasti akan mengelirukan pengguna yang membacanya terutamanya dalam kalangan remaja dan kanak-kanak. Seharusnya pemilik premis tersebut lebih peka akan aspek bahasa yang digunakan kerana ejaan yang sebenar ialah 'klinik' dan bukannya 'kelinik' bagi memberikan maksud pusat rawatan.

Saturday, February 26, 2011

BAHASA MELAYU PEKERJA ASING..

SITUASI


Pada hari Ahad bersamaan 6 Febuari 2011, saya bersama seorang rakan telah pergi ke sebuah kedai mencuci kenderaan untuk membasuh motosikal saya. Semasa pekerja kedai itu mencuci motosikal saya, saya telah mengambil kesempatan untuk berbual dengan pekerja kedai tersebut, yang merupakan warganegara Bangladesh.


Antara dialog yang saya bualkan bersama pekerja tersebut ialah :


Saya : sudah berapa lama kerja sini?

Pekerja : sikit hari, sikit tahun sudah

Saya : ouh dah berapa tahun?

Pekerja : 3 tahun, 4 tahun, 7 tahun la

Saya : 7 tahun? Tak balik Bangladesh ke?

Pekerja : itu macam, sikit tahun 10 tahun balik la.

Saya : belajar dengan siapa bahasa Melayu?

Pekerja : belajar sendiri-sendiri la, duduk sini tahu cakap itu cina, itu tamil baru boleh kija (kerja). Susah la mau hidup sini tempat kalu tada(tak) tau cakap itu punya.



ULASAN :


Apabila saya berbual dengan pekerja warga Bangladesh tersebut, dia berasa bangga apabila berupaya menuturkan bahasa Melayu dan dia menganggap bahasa Melayu ini mudah untuk dikuasai dan difahami. Namun dari apa yang saya dengar,lihat dan teliti dari aspek fonologi dan sintaksis, ternyata bahasa Melayu yang diucapakan oleh pekerja Bangladesh tersebut hanya sekadar bahasa pasar dan bukannya menggambarkan tahap penguasaan bahasa Melayu yang sebenar. Pekerja tersebut tidak berupaya menggunakan sebarang imbuhan dalam percakapannya malahan juga terdapat kekaburan subjek, predikat dan objek dalam pertuturannya. Saya merumuskan bahawa pekerja Bangladesh tersebut seorang yang kurang cerdik akalnya kerana menganggap dirinya sudah menguasai bahasa Melayu dengan baik dan bagus, sedangkan dia belum lagi memasuki lorong-lorong bahasa Melayu yang berliku dan penuh ranjau ini.

Friday, February 25, 2011

OK

Penulisan kali ini bertujuan membincangkan penggunaan 'ok' dalam kalangan pelajar UPSI sendiri terutamanya pelajar program Pendidikan Bahasa Melayu. Baru-baru ini kami telah menjalani pengajaran mikro bagi kursus KPD3026. Setiap guru pelatih yang menjalankan pengajaran mikro sentiasa mengeluarkan perkataan 'ok' sepanjang proses pengajaran. Terdapat juga sesetengahnya yang menggunakan 'ok' ketika di saat permulaan pengajaran lagi. Hal ini membuktikan bahawa pengaruh 'ok' amat menebal dalam kalangan rakyat Malaysia termasuklah dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi sendiri. Penggunaan 'ok' telah menjadi kelaziman dalam kalangan rakyat Malaysia seterusnya mendorong kepada peluasan penggunaannya sehingga ke tahap universiti. Kita seharusnya peka dan cuba berwaspada malah perlu mengubah secara sedikit demi sedikit penggunaan 'ok' dalam komunikasi seharian kita. Penggunaan 'ok' boleh digantikan dengan 'baiklah' atau seumpamanya yang difikirkan sesuai. Sekiranya kita gagal untuk mmbendung atau mengawal dan seterusnya menghapuskan pengaruh 'ok' dalam proses kita berbahasa maka, penggunaan Bahasa Melayu Baku yang sempurna tidak dapat dicapai. Sebagai seorang bakal guru, saya ingin berpesan kepada semua rakyat Malaysia terutamanya rakan-rakan seperjuangan supaya mengurangkan penggunaan 'ok' dalam proses kita berbahasa terutamanya apabila kita mengajar di sekolah kelak. Hal ini demikian kerana, didikan yang betul di sekolah akan melahirkan insan yang mampu mengamalkan penggunaan Bahasa melayu Baku dengan baik. Sekolah merupakan institusi yang menjadi akar umbi kepada pembentukan insan yang baik dan seimbang daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sehubungan dengan itu, perkara ini seharusnya dipandang serius untuk mendidik para generasi muda, bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya".

Monday, February 21, 2011

ASSALAMUALAIKUM....


Kali ini, perbincangan saya tidak memfokuskan terhadap kesalahan bahasa tetapi sekadar ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada menceritakan tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

 Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh.
 Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;          
 “WAALAI KUM SALAM”
 Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
 Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contohnya…
 Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer
 Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti    ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“. Penyataan  ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan              “As Salam” yang membawa maksud sama dengan

“Assalamualaikum”.

Sama-samalah kita memperbetulkan kesilapan diri yang selalu menggunakan  ringkasan“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘. Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“AS Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong majukan kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..


Sunday, February 20, 2011

Kurang Ajar!


Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.
Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.
Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.
Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar
SN Usman Awang



Orang melayu memang takut jika digelar kurang ajar. Bangsa sopan lah katakan. Betul, kita memang perlu sopan. Namun dalam menyatakan yang Haq, kadang-kadang sopan itu perlu dinombor dua kan. Terutama dalam menegakkan kebenaran di hadapan orang yang lebih tua. Kita mesti menghormati orang yang lebih tua, tiada sangkalan lagi. Namun, orang tua mesti ingat, untuk mendapat penghormatan dari orang muda, mereka mesti membuktikan diri mereka layak untuk dihormati. Takkan semata sebab mereka lahir dulu, maka penghormatan itu automatik diberikan. Tak boleh. Tak semudah itu.
Orang muda darah panas. Bercakap mulut dahulu baru otak. Kadang-kadang terkasar bahasa. Itu sudah lumrah. Yang tua mesti faham. Kerana mereka juga pernah menjadi muda. Jadi, fikir-fikirkanlah. Ini hanya sebuah pendapat. Sebarang penambahbaikan boleh dilakukan.