There was an error in this gadget

Friday, March 4, 2011

APAKAH STATUS BAHASA KEBANGSAAN??

Usaha memartabatkan bahasa Melayu mutakhir ini terancam dan masa depannya dilihat sebagai tidak menentu dari pelbagai sudut akibat penggunaannya yang bercelaru dan dipinggirkan. 

Dato' Mohammad Aziz (BN-Sri Gading) berkata, walaupun bahasa Melayu dirakamkan dalam Perlembagaan Persekutuan perkara 152 sebagai bahasa rasmi, bagaimanapun prospek menjadi bahasa utama itu dilihat tidak menentu. "Bahasa Melayu ada dalam perlembagaan tetapi kita tidak hayati dan amalkan sebagai usaha memartabatkannya," tegas beliau lagi. "Segala kerja memartabatkan bahasa Melayu hampir berjaya,bagaimanapun mutakhir ini kejayaan itu mula punah," ujar beliau ketika membahaskan Belanjawan 2005 di Parlimen semalam. Ujar Mohammad, peminggiran bahasa Melayu mutakhir ini dari segenap aspek pengurusan dan pentadbiran sehinggalah kepada komunikasi dibiarkan berterusan. 
"Apakah kerajaan hanya nak berpeluk tubuh sahaja membiarkan bahasa Melayu terus terpinggir sedemikian rupa,"soalnya lagi. 







Beliau turut kesal dengan tindakan meminggirkan bahasa Melayu yang dilihat seolah-olah tidak ada nilai atau keuntungan kepada ekonomi negara. Tambahnya, slogan 'cintailah bahasa kebangsaan'hanyalah menjadi slogan yang tidak lagi bermakna apabila ada di antara agensi kerajaan sendiri tidak mengambil ikhtibar kepada usaha merealisasikan slogan itu. 

"Rasa hormat kepada bahasa Kebangsaan sudah hilang.Masyarakat, media dan banyak pihak hanya menggunakan bahasa rojak, bahasa campuraduk, bahasa deejay dan segala jenis kerosakan bahasa," ujarnya lagi dengan nada yang marah. 

Kata beliau, usaha memartabatkan bahasa Kebangsaan tidak akan berjaya selagi elemen merosakkan bahasa wujud di segenap lapisan masyarakat tanpa ada pihak yang mempertahankannya. 

Justeru beliau mengulangi gesaan kepada kerajaan agar peka terhadap permasalahan yang akan merencatkan budaya dan identiti bangsa Melayu itu sendiri.

"soal bahasa bukan perkara yang kedua tetapi ianya perkara pokok yang sepatutnya diutamakan,"tegas beliau lagi. 

Laporan akhbar 11 Ogos lalu menyebut ramai pakar bahasa menolak penggunaan istilah `Infotainmen' yang digunakan di dalam slogan baru Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana ia jelas merupakan satu istilah rojak. Mereka berpendapat, slogan `Saluran Infotainmen Anda' melalui penjenamaan semula rancangan-rancangan televisyen
di stesen itu bermula 1 Ogos lalu tidak membawa apa-apa erti kerana ia jelas campuran perkataan antara bahasa Melayu dan Inggeris. 

Jelas mereka, penggunaan slogan itu juga dikhuatiri akan mempengaruhi berjuta rakyat Malaysia untuk lebih cenderung melakukan kesilapan yang sama dan berpotensi untuk mencipta istilah rojak mereka sendiri sebagai satu budaya baru. 

Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Dr Awang Sariyan berkata, beliau sendiri tidak jelas dengan slogan `Saluran Infotainmen Anda' kerana maksudnya kabur dan bercanggah dengan tatacara bahasa Melayu. Beliau memberitahu, sebelum membentuk sebarang istilah, media tempatan terutamanya stesen televisyen juga perlu
peka dan membuat kajian terlebih dahulu sebelum mencetuskan kontroversi yang sebenarnya akan memalukan diri mereka sendiri.

"Mereka boleh rujuk kepada pakar-pakar bahasa sama ada di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau pun pensyarahpensyarah bahasa berhubung perkara ini. 
"Tradisi orang yang berilmu adalah merujuk kepada pihak yang mengetahui. 
"Malah, sebelum ini RTM sebenarnya kerap merujuk kepada DBP mengenai penggunaan istilah, tetapi dalam hal barubaru ini, ia amat mengecewakan," katanya.

No comments:

Post a Comment