Thursday, March 10, 2011

BLOG DAN BAHASA...



Pelbagai bahan digunakan untuk mencari maklumat dan melontar pandangan mengenai apa-apa yang ingin disampaikan. Bahan-bahan penulisan kini tidak mematuhi peraturan berbahasa. Hal ini bermakna bahawa penulis-penulis kini tidak mementingkan dan tidak mematuhi peraturan dalam berbahasa. Misalnya, penulisan blog yang kian popular di kalangan penulis. Penulisan blog tidak menitikberatkan peraturan berbahasa dalam menghasilkan penulisan yang berbentuk pendapat mahupun idea yang dicambahkan melalui blog. Kata singkatan, pencampuran antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris seolah-olah telah menjadi ikutan penulis kini. Ini adalah disebabkan kebebasan menulis tanpa mengambil kira aspek peraturan bahasa. Jelaslah bahawa kebanyakan bahan-bahan penulisan pada masa kini tidak mematuhi peraturan berbahasa sebagai asas dalam penulisan sesuatu karya. Bahan-bahan penulisan pada masa kini tidak mematuhi peraturan bahasa kerana penulis memandang ringan terhadap penggunaan bahasa yang digunakan. Penulis seharusnya mempunyai kesedaran terhadap hal ini kerana memahami peraturan berbahasa adalah penting dalam penulisan kerana boleh mempengaruhi hasil penulisan supaya berkualiti dan diiktiraf oleh pembaca.

No comments:

Post a Comment