Sunday, March 13, 2011

CEKELAT..

Memandangkan saya merupakan anak jati Kedah, sekali lagi kita akan menelusuri kesalahan bahasa dialek Kedah. Jika ditanya pada orang-orang tua di Kedah maksud gula-gula, pasti ramai di antara mereka tidak mengetahui maksudnya. Hal yang demikian kerana tiada istilah tersebut dalam dialek Kedah.








Dialek Kedah mengistilahkan semua jenis gula-gula kepada "cekelat". Jikalau coklat sememangnya dipanggil coklat. Masalahnya disini ialah tiada istilah yang dapat membezakan di antara gula-gula dan coklat. Jadi, ingatlah rakan-rakan, sekiranya anda berkunjung ke Kedah, jangan terkejut sekiranya gula-gula Lot 100 kegemaran anda juga dipanggil "cekelat".

No comments:

Post a Comment