Friday, March 11, 2011

SENGAU..

Saya pasti setiap daripada anda mesti pernah berhadapan dengan situasi berdialog dengan orang sengau. Sengau dapat ditakrifkan sebagai berhubungan dengan suara yang diucapkan dengan bunyi melalui hidung. Pasti agak melucukan apabila mendengarnya.
Tetapi hal yang demikian bukan bermakna anda dapat mengejek hasil ciptaan yang Maha Esa. Setiap makhluk mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri. Saya berhadapan situasi ini apabila ingin membeli gula di sebuah kedai di Tanjung Malim. Begini sedikit dialog yang dapat saya coretkan :


Saya : Pak cik, gula sekilo..
Pekedai : Ngula ntak hade.
Saya : Ape Pak cik??
Pekedai : Ngula ndah habeh.
Saya : Saya nak gula pak cik bukan gulai.
Pekedai : Mukan ngulai, ngula.
Saya : Owh, gula...Takpe la Pak cik.




ULASAN


Berdasarkan situasi di atas, Pekedai tersebut mengalami masalah sengauan semasa bertutur. Pada mulanya saya tidak dapat memahami apa yang dituturkannya. Tetapi apabila diteliti dengan betul, maksud kata-katanya dapat saya tangkap. Tujuan saya mencoretkan peristiwa ini hanyalah sebagai iktibar kepada rakan-rakan. janganlah kita sesekali kita mengejek atau mentertawakan orang sebegini kerana apa yang terjadi bukan kehendaknya.

No comments:

Post a Comment