Thursday, February 10, 2011

PRK


Hangat dan bahang PRK sudah mula reda. Apa itu PRK?? Pilihanraya Kampus ( PRK ) dan Pilihanraya Kecil (PRK ). Aku bukan ahli politik tapi aku suka memerhati. Aku perhatikan cara berkempen calon - calon Pilihanraya Kampus sama macam cara berkempen ahli politik semasa Pilihanraya Kecil
Sebab apa?..aku buktikan
1) Serangan peribadi masa bermanifesto ( amalan politik tidak sihat dan juga tidak membina mahasiswa)
2) Tersebar kertas - kertas fitnah ( sama lah jugak kalau ada Pilihanraya Kecil..tak percaya..tunggulah Kerdau dan Merlimau nanti )
3) Lobi melobi ( kes lompat - lompat parti...memang dahsyat ni )
4) Pertikaian tentang ketelusan pihak Suruhanjaya Pilihanraya ( mula - mula ada pastu senyap)
5) Penyokong dan pengikut ikut - ikut ( inilah mahasiswa..mengaku diri ambil peduli..walhal..dalam masa yang sama perjuangan hanya ikut - ikutan...perjuangan perlu difahami dan dihayati )
6 ) Fitnah - menfitnah ( ini penyakit yang perlu dibuang...berlawan dan bertanding secara intelektual dan bersahsiah )
Satu kabinet kena wujudkan semangat kekitaan..kena ada program erat ukhuwah sama-sama MPP. Kena bersatu demi  kepentingan mahasiswa bukan kepentingan peribadi.

No comments:

Post a Comment