Friday, February 11, 2011

TELEFON BIMBIT


Saya tertarik dengan petikan akhbar yang saya baca hari ini iaitu mengenai telefon bimbit. Antara petikan keratin akhbar tersebut berbunyi, “Penggunaan telefon bimbit ketika memandu dikena pasti sebagai salah satu faktor penyumbang kemalangan membabitkan pengguna jalan raya”. Kita memang tidak dapat menafikan kepentingan telefon bimbit terhadap kehidupan seharian tambahan dalam dunia yang serba moden ini. Tapi adakah kita patut menggunakannya tanpa mengira ruang dan peluang? Berikut merupakan akta yang dikenakan jika seseorang itu disabit kesalahan :
            “17A. Larangan terhadap penggunaan telefon bimbit.

  
                (1)          Tiada seorang pemandu pun, semasa memandu kenderaan bermotor di atas jalan raya, boleh menggunakan, atau cuba menggunakan telefon bimbit atau apa – apa alat komunikasi lain melainkan ia digunakan melalui suatu alat tanpa perlu dipegang.


                (2)          Mana- mana orang yang melanggar subkaedah (1) adalah bersalah kerana melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan bertangungan terhadap denda tidak melebihi satu ribu ringgit  atau dipenjarakan bagi suatu tempoh  yang tidak melebihi enam bulan atau kedua- duanya sekali.”



Selain itu, terdapat kajian penyelidik dari Universiti Monash  menunjukkan bahawa kanak-kanak disifatkan sebagai pengguna telefon bimbit yang tinggi kemungkinan besar mempunyai kurang ingatan, bertindak perlahan terhadap sesuatu tanggung jawab dan melakukan lebih banyak kesilapan daripada para pelajar yang kurang menggunakan telefon bimbit. Oleh itu, sedarlah wahai pembaca!!



No comments:

Post a Comment